Source from: Berita RTM, Original Article

KUALA LUMPUR – Pasaran industri peruncitan negara disasar meningkat lebih 4 peratus tahun depan.

Presiden Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Datuk Seri Garry Chua Kah Seng berkata, unjuran itu berdasarkan penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2020 yang dijangka menarik kehadiran 30 juta pelancong.

Kemasukan lebih ramai pelancong katanya, akan menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan serta perolehan pelancongan yang disasar berjumlah 100 bilion tahun hadapan.

Selain menjadi destinasi pelancongan menarik, Malaysia juga merupakan lokasi tumpuan membeli belah.

Datuk Seri Garry berkata demikian pada sidang media sempena majlis tandatangan memorandum persefahaman (MOU) antara Big Onion Food Caterer Sdn Bhd dengan Penang Chendul dan Liang Associate Chains Sdn Bhd di ibu negara.

Menerusi MoU itu, Big Onion Food Caterer akan menawarkan sajian yang dihasilkan kedua-dua syarikat tersebut